Jumaat, 4 Mei 2012

KHIDMAT BEKAM

BEKAM KAEDAH PERUBATAN SUNNAH NABI

Bekam adalah sistem rawatan perubatan Rasullullah S.A.W yang dinyatakan oleh baginda dalam hadisnya berikut: Daripada Anas bin Malek r.a, Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud; "Bahawa tidak aku berlalu (berjalan) dimalam israk dengan Malaikat melainkan mereka berkata, wahai Muhamad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam"

Khidmat Bekam

  •  Pengubatan Moden Untuk Melegakan Kesakitan Serta merta
  •  Pencegahan Penyakit
  •  Pemulihan Fungsi Fizikal dan Mental
BEKAM adalah satu kaedah pembersihan darah toksik yang dilakukan melalui kulit. Ia berupaya mengeluarkan kotoran darah toksik dengan berkesan, selamat dan tanpa sakit. Rawatan ini dijalankan dalam suasana yang bersih dan basmi kuman. Semua alat-alat bekaman atas pesakit dibuang selepas digunakan atau disucihama sebelum dipakai semula.
Peralatan bekam juga diubahsuai supaya pengalaman berbekam menjadi satu pengalaman yang unik dan selesa. Berbekam dengan kaedah baru mengunakan alat lancet (peniti khas yang berjarum halus) meninggalkan amalan lama mengunakan pisau. Berbekam dikepala juga tidak memerlukan pesakit mencukur rambut, satu kelebihan yang penting bagi pesakit migrain.
Rawatan bekam bermula dengan perbincangan antara perawat dan pesakit. Perbincangan ini merangkumi masaalah yang dihadapi oleh pesakit dan soal jawab mengenai rawatan yang akan dijalani. Selepas itu perawat akan memeriksa pesakit dan menentukan bahagian tubuh yang perlu dirawati. Rawatan bekam biasanya dijalankan 10 cup ke atas atau mengikut keadaan pesakit dan semua rawatan yang dijalani oleh pesakit direkodkan dalam fail rekod peribadi pesakit.
Bahagian tubuh yang dipenuhi dengan darah toksik selalunya berasa sakit, tegang, berdenyut dan tidak selesa. Dalam rawatan bekam, darah toksik dibahagian badan yang sakit dikeluarkan. Selepas darah toksik habis dikeluarkan, symptom penyakit seperti diatas akan mulai reda dan fungsi tubuh badan tersebut akan kembali kepada yang sepatutnya.
BEKAM mujarab untuk masalah sakit yang kronik seperti, sakit belakang, sakit sendi dan pelbagai lagi masaalah kesihatan yang kerap kita lihat pada masa kini



























PEN BEKAM DAN LANCET YANG DIGUNAKAN DALAM KAEDAH BEKAM


Gambar diatas ialah pen bekam dan lancet yang berfungsi untuk melakukan tusukan pada kulit bagi mengeluarkan darah kotor dalam proses bekam darah.

Kaedah yang digunakan ini tidak meninggalkan sebarang parut pada kawasan yang ditusuk/bekam dan juga tiada lagi rasa kesakitan semasa tusukan lancet kerana tusukan pen bekam ini amat-amat laju.

MANFAAT BERBEKAM 
  • sihat tubuh badan
  • mengimbangkan daya tahan badan
  • buang angin
  • menghilangkan keletihan dan penat badan
  • menghilangkan sakit urat-urat dan lemah-lemah badan
  • mengurangkan risiko sakit jantung & darah tinggi
  • membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
  • membantu mencantikkan permukaan kulit dan lain-lain
  • membuang darah bertoksik

PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
  • Migraine
  • Pening Kepala
  • Rabun Mata
  • Mengantuk
  • Sakit Tulang Belakang
  • Kebas Kaki dan Tangan
  • Sakit Dada
  • Sesak Nafas
  • Tekanan Emosi
  • Alahan
  • Lemah Tenaga
  • Vertigo
  • Resdung
  • Gatal Hidung
  • Hidung Berair
  • Sakit Leher
  • Lenguh Tubuh Badan
  • Sakit Tulan Belikat
  • Badan Letih Lesu
  • Lemah separuh Badan
  • Angin Dalam Badan
  • Sakit Sendi dan Tulang
  • Sakit Otot
  • Gout
  • Kecederaan Sukan
  • Kecederaan Lama
  • Bisul Badan
  • Jerawat
  • Sembelit
  •  Stroke
  • Gatal Kulit
  • Ecxema
  • Endometriosis
  • Senggugut
  • Gastrik

 INDIVIDU YANG DILARANG BERBEKAM DARAH

1) Wanita hamil 3 bulan pertama.
2) Pesakit kulit yang serius.
3) Pesakit darah rendah yang serius.
4) Orang tua yang terlalu uzur.

6 ANGGOTA BADAN YANG DILARANG BERBEKAM DARAH

1) Mulut
2) Telinga
3) Hidung
4) Mata
5) Kemaluan
6) Dubur




LOKASI : PERKAMPUNGAN SUNGAI ISAP
              khidmat dari rumah ke rumah juga di sediakan. (Hanya tertumpu di
              kuantan dan sekitarnya  dengan harga yang tertera... kawasan
              kemaman,kemasik,kertih,paka,dungun hanya hari   AHAD
              sahaja.'harga berubah mengikut jarak perjalanan')

WAKTU RAWATAN : ISNIN-SABTU 8pm-11pm  AHAD 9am-10pm

CARA TEMUJANJI : SILA SMS KE  013-9502857 ATAU
                                  EMAIL wan_wjt@yahoo.com  SEBELUM DATANG.
                                
CAJ RAWATAN : DARI RUMAH KE RUMAH : RM10/CUP
                          KE PUSAT RAWATAN KAMI : RM8/CUP 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan